/ Memfaks / Pilihan Menu untuk Faks / Tetapan Faks

Tetapan Faks

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Faks > Tetapan Faks

Ttpn Imbasan:
  • Saiz Asal (Kaca)

    Pilih saiz dan orientasi dokumen asal yang anda letakkan pada kaca pengimbas.

  • Mod Warna

    Pilih sama ada hendak mengimbas dalam warna atau monokrom.

  • Resolusi

    Pilih resolusi faks yang keluar.

  • Ketumpatan

    Tetapkan ketumpatan faks yang keluar.

  • Alih Keluar Latar Belakang

    Mengesan warna kertas (warna latar belakang) dokumen asal dan membuang atau mencerahkan warna. Bergantung kepada kegelapan atau kejelasan warna, ia mungkin tidak dibuang atau dicerahkan

  • Imbas Berterusan(ADF)

    Apabila menghantar faks daripada ADF, anda tidak boleh menambah dokumen asal dalam ADF selepas memulakan mengimbas. Jika anda meletakkan dokumen asal dengan saiz yang berlainan dalam ADF, semua dokumen asal dihantar pada saiz yang terbesar di kalangannya. Dayakan pilihan ini supaya pencetak menanyakan anda jika anda mahu mengimbas halaman yang lain selepas dokumen asal dalam ADF selesai mengimbas. Kemudian anda boleh mengisih dan mengimbas dokumen asal anda mengikut saiz dan menghantarnya sebagai satu faks.

Tetapan Hantar Faks:
  • Hantar Terus

    Menghantar faks monokrom kepada penerima tunggal sebaik sahaja sambungan dibuat, tanpa menyimpan imej yang diimbas kepada memori. Jika anda tidak mendayakan pilihan ini, pencetak memulakan penghantaran selepas menyimpan imej yang diimbas ke memori dan mungkin menyebabkan ralat memori penuh ketika menghantar banyak halaman. Dengan menggunakan pilihan ini, anda boleh mengelakkan ralat, tetapi mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks. Anda tidak boleh menggunakan pilihan ini apabila menghantar faks kepada berbilang penerima.

  • Hantar Faks Kemudian

    Menghantar faks pada masa yang anda tentukan. Hanya faks monokrom tersedia apabila menggunakan pilihan ini.

  • Tmbh Mklm Penghantar

    • Tmbh Mklm Penghantar:

      Pilih kedudukan yang ingin disertakan maklumat pengepala (nama pengirim dan nombor faks) dalam faks keluar atau tidak menyertakan maklumat.

      - Mati: Menghantar faks tanpa maklumat pengepala.

      - Luar Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala dalam margin putih sebelah atas faks. Langkah ini memastikan pengepala tidak bertindan dengan imej yang diimbas, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima boleh dicetak pada dua helaian bergantung pada saiz dokumen asal.

      - Dlm Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala kira-kira 7 mm lebih rendah daripada bahagian atas imej yang diimbas. Pengepala mungkin bertindan dengan imej, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima tidak akan dipisahkan menjadi dua dokumen.

    • Pengepala Faks:

      Pilih pengepala untuk penerima. Untuk menggunakan ciri ini, anda seharusnya mendaftar beberapa pengepala terlebih dahulu.

    • Maklumat Tambahan:

      Pilih maklumat yang ingin anda tambah. Anda boleh memilih satu daripada Nombor Telefon Anda dan Senarai Destinasi.

  • Laporan Transmisi

    Cetak laporan penghantaran secara automatik selepas anda menghantar faks. Pilih Ralat Cetak untuk mencetak laporan hanya apabila berlaku ralat. Jika Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Laporan > Lampirkan Imej ke Laporan di tetapkan, imej dokumen akan dicetak dengan laporan.

  • Kosongkan Semua Tetapan

    Memulihkan semula semua tetapan dalam Tetapan Faks kepada tetapan lalainya.