Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengimbas dan Memindahkan Imej (Easy Photo Scan)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Aplikasi untuk Menyediakan Peranti pada Rangkaian (EpsonNet Config)
Mengemas Kini Perisian Tegar Pencetak menggunakan Panel Kawalan
Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsmbngkn
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas 30 minit apabila semua port rangkaian termasuk port LINE diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Tarikh/Masa
Masukkan tarikh dan masa semasa.
Waktu Jimat Siang
Pilih tetapan masa musim panas yang terpakai kepada kawasan anda.
Perbezaan Masa
Masukkan perbezaan masa antara waktu tempatan anda dan UTC (Waktu Universal Selaras).
Pilih negara atau rantau tempat anda menggunakan pencetak. Jika anda menukar negara atau rantau, tetapan faks anda kembali kepada tetapan lalainya dan anda perlu memilihnya semula.
Pilih Hdp untuk kembali ke skrin permulaan apabila tiada operasi dilakukan untuk masa tertentu.