/ Tetapan Rangkaian / Menyemak Status Sambungan Rangkaian / Menyemak Maklumat Rangkaian Terperinci daripada Panel Kawalan

Menyemak Maklumat Rangkaian Terperinci daripada Panel Kawalan

Apabila pencetak anda disambungkan ke rangkaian, anda juga boleh melihat maklumat lain yang berkaitan rangkaian dengan memilih menu rangkaian yang ingin disemak.

  1. Pilih Tetapan pada skrin utama.

  2. Pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian.

  3. Untuk menyemak maklumat, pilih menu yang ingin anda semak.

    • Status LAN Berwayar/Wi-Fi
      Memaparkan maklumat rangkaian (nama peranti, sambungan, kekuatan isyarat, mendapatkan alamat IP dan sebagainya) untuk sambungan Ethernet atau Wi-Fi.
    • Status Wi-Fi Direct
      Memaparkan sama ada Wi-Fi Direct didayakan atau dinyahdayakan untuk sambungan Wi-Fi Direct.
    • Cetak Helaian Status
      Mencetak helaian status rangkaian. Maklumat untuk Ethernet, Wi-Fi, Wi-Fi Direct dan sebagainya dicetak pada dua atau beberapa halaman.