Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengimbas dan Memindahkan Imej (Easy Photo Scan)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Aplikasi untuk Menyediakan Peranti pada Rangkaian (EpsonNet Config)
Mengemas Kini Perisian Tegar Pencetak menggunakan Panel Kawalan
Anda boleh menghantar faks dengan memasukkan nombor faks untuk penerima menggunakan panel kawalan. Pencetak akan mendail nombor penerima secara automatik dan menghantar faks.
Letakkan dokumen asal.
Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran; walau bagaimanapun bergantung kepada jumlah memori yang tinggal, anda mungkin tidak dapat menghantar faks walaupun dengan kurang daripada 100 halaman.
Pilih Faks pada skrin utama.
Nyatakan penerima.
Anda boleh menghantar faks monokrom yang sama kepada sehingga 100 penerima termasuk sehingga 99 kumpulan dalam Kenalan. Namun begitu, faks warna hanya boleh dihantar kepada seorang penerima pada satu masa.
Apabila Sekatan Dailan Terus dalam Tetapan Keselamatan ditetapkan kepada Hdp, anda hanya boleh memilih penerima faks daripada senarai kenalan atau sejarah faks yang dihantar. Anda tidak boleh memasukkan nombor faks secara manual.
Untuk memadam penerima yang dimasukkan, paparkan senarai penerima dengan mengetik pada medan nombor faks atau bilangan penerima pada skrin LCD, pilih penerima daripada senarai dan pilih Alih keluar.
Pilih tab Tetapan Faks dan kemudian, buat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran seperti yang diperlukan.
Pilih tab Penerima dan hantar faks.
.
-
: Menggerakkan skrin dalam arah anak panah.
-
: Mengurangkan atau membesarkan.
-
: Menggerakkan ke halaman sebelumnya atau seterusnya.
Anda tidak boleh menghantar faks dalam warna selepas mempratonton.
Apabila Hantar Terus didayakan, anda tidak boleh pratonton.
Apabila skrin pratonton dibiarkan tidak disentuh selama 20 saat, faks dihantar secara automatik.
Kualiti imej bagi faks yang dihantar mungkin berbeza daripada apa yang dipratonton bergantung pada keupayaan mesin penerima.
Apabila penghantaran selesai, keluarkan dokumen asal.
Sekiranya nombor faks sedang sibuk atau masalah berlaku, pencetak secara automatik mendail semula sebanyak dua kali selepas satu minit.
Untuk membatalkan penghantaran, ketik
.
Ia mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks berwarna kerana pencetak melakukan pengimbasan dan menghantar pada masa yang sama. Semasa pencetak menghantar faks dalam warna, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri lain.