/ Memfaks / Menerima Faks pada Komputer

Menerima Faks pada Komputer

Anda boleh menerima faks dan menyimpannya sebagai fail PDF pada komputer yang disambungkan ke pencetak. FAX Utility disertakan dengan ciri termasuk cara hendak menentukan folder untuk menyimpan faks. Pasang FAX Utility sebelum menggunakan ciri ini.

Perhatian:
Penting:
  • Untuk menerima faks pada komputer, Mod Terima pada panel kawalan pencetak mesti ditetapkan kepada Auto.

  • Komputer yang ditetapkan untuk menerima faks hendaklah sentiasa dihidupkan. Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan pada komputer. Jika anda mematikan komputer itu, memori pencetak mungkin menjadi penuh kerana ia tidak boleh menghantar dokumen ke komputer.

  • Bilangan dokumen yang telah disimpan sementara dalam memori pencetak dipaparkan pada pada skrin utama.

  • Untuk membaca faks yang diterima, anda perlu memasang pemapar PDF seperti Adobe Reader pada komputer.