Tetapan Cetak

Apabila mencetak untuk dimuatkan pada saiz kertas, pilih Pengendalian Kertas daripada menu timbul dan pilih Ubah skala agar muat dengan saiz kertas. Pilih saiz kertas yang anda muatkan dalam pencetak dalam Saiz Kertas Destinasi. Apabila mengurangkan saiz dokumen, pilih Ubah skala mengecil sahaja.

  1. Apabila mencetak pada peratusan tertentu, lakukan yang berikut.

    • Pilih Cetak daripada menu Fail aplikasi. Klik Persediaan Halaman, dan kemudian pilih pencetak anda dalam Format Untuk. Pilih saiz data yang hendak dicetak daripada Saiz Kertas, masukkan peratusan dalam Skala, dan kemudian klik OK.
    • Pilih Persediaan Halaman daripada menu Fail aplikasi. Pilih pencetak anda dalam Format Untuk. Pilih saiz data yang hendak dicetak daripada Saiz Kertas, masukkan peratusan dalam Skala, dan kemudian klik OK. Pilih Cetak daripada menu Fail.
    Perhatian:

    Operasi berbeza bergantung kepada aplikasi. Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut.

  2. Pilih pencetak anda dalam Pencetak.

  3. Tetapkan item lain yang perlu.

  4. Klik Cetak.