Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengimbas dan Memindahkan Imej (Easy Photo Scan)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Aplikasi untuk Menyediakan Peranti pada Rangkaian (EpsonNet Config)
Mengemas Kini Perisian Tegar Pencetak menggunakan Panel Kawalan
Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Mengurangkan dokumen besar yang diterima untuk dimuatkan di atas kertas dalam sumber kertas. Mengurangkan mungkin tidak selalunya boleh dilakukan bergantung kepada data yang diterima. Sekiranya ini dimatikan, dokumen besar akan dicetak pada saiz asalnya pada beberapa helaian, atau halaman kedua yang kosong mungkin dikeluarkan.
Buat tetapan halaman terpisah apabila saiz dokumen yang diterima lebih besar daripada saiz kertas yang dimuatkan dalam pencetak.
Memutarkan faks yang diterima sebagai dokumen berorientasikan landskap, saiz A5 supaya dicetak pada saiz kertas yang betul. Tetapan ini digunakan apabila tetapan saiz kertas ditetapkan kepada A5. Semak menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak > Tetapan Punca Kertas > Tetapan Kertas
Mencetak maklumat penerimaan dalam faks yang diterima, walaupun pengirim tidak menetapkan maklumat pengepala. Maklumat penerimaan mengandungi tarikh dan masa penerimaan, ID pengirim dan nombor halaman (seperti “P1”). Apabila Tetapan Halaman Terpisah didayakan, nombor halaman terpisah turut disertakan.
Anda boleh mencetak beberapa halaman dokumen yang diterima pada kedua-dua muka kertas.
Buat pilihan untuk mula mencetak dokumen yang diterima.
Semua Halaman Diterima: Selepas menerima semua halaman, cetakan dimulakan dari halaman pertama.
Hlmn Pertama Diterima: Memulakan cetakan apabila halaman pertama diterima dan kemudian, mencetak mengikut susunan sebagaimana halaman diterima. Jika pencetak tidak dapat memulakan cetakan, contohnya semasa ia sedang mencetak tugas lain, pencetak mula mencetak halaman yang diterima sebagai satu kelompok apabila ia tersedia.
Mencetak dokumen yang diterima dari muka surat terakhir (cetakan secara menurun) supaya dokumen yang dicetak disusun dengan halaman yang betul. Apabila pencetak kehabisan memori, ciri ini mungkin tidak sedia.
Menyimpan dokumen yang diterima semasa jangka masa yang ditentukan dalam memori pencetak tanpa mencetaknya. Pada masa yang ditentukan untuk memulakan semula percetakan, dokumen dicetak secara automatik. Fungsi ini boleh digunakan untuk mencegah bunyi bising pada waktu malam atau untuk mengelakkan dokumen sulit daripada menjadi terdedah semasa anda tiada. Sebelum menggunakan ciri ini, pastikan ruang memori mencukupi.
Mengurangkan bunyi bising daripada pencetak semasa mencetak faks, namun begitu, kelajuan cetakan mungkin dikurangkan.