/ Asas Pencetak / Konfigurasi Asas Skrin / Ikon yang dipaparkan dalam Skrin LCD

Ikon yang dipaparkan dalam Skrin LCD

Ikon berikut dipaparkan pada skrin LCD bergantung kepada status pencetak.

Memaparkan skrin Status Bekalan.

Anda boleh memeriksa anggaran paras dakwat dan anggaran tempoh hayat perkhidmatan kotak penyelenggaraan.

Menunjukkan status sambungan rangkaian.

Pilih ikon untuk menyemak dan menukar tetapan semasa. Ini ialah pintasan untuk menu berikut.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Persediaan Wi-Fi

Pencetak tidak disambungkan ke rangkaian berwayar (Ethernet) atau tidak menetapkannya.

Pencetak disambungkan ke rangkaian berwayar (Ethernet).

Pencetak tidak disambungkan ke rangkaian wayarles (Wi-Fi).

Pencetak mencari SSID, alamat IP yang tidak ditetapkan atau menghadapi masalah dengan rangkaian wayarles (Wi-Fi).

Pencetak disambungkan ke rangkaian wayarles (Wi-Fi).

Bilangan bar menunjukkan kekuatan isyarat sambungan. Semakin banyak bilangan bar, semakin kuat sambungan.

Pencetak tidak disambungkan ke rangkaian wayarles (Wi-Fi) dalam mod Wi-Fi Direct (AP Mudah).

Pencetak disambungkan ke rangkaian wayarles (Wi-Fi) dalam mod Wi-Fi Direct (AP Mudah).

Memaparkan skrin Tetapan Bunyi Peranti. Anda boleh menetapkan Bisukan dan Mod Senyap.

Anda turut boleh mengakses menu Bunyi daripada skrin ini. Ini ialah pintasan untuk menu berikut.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Bunyi

Menunjukkan sama ada Mod Senyap ditetapkan untuk pencetak atau tidak. Apabila ciri ini didayakan, bunyi bising daripada operasi pencetak dikurangkan tetapi kelajuan cetakan mungkin berkurangan. Namun begitu, bunyi bising mungkin tidak dapat dikurangkan bergantung pada jenis kertas yang dipilih dan kualiti cetakan.

Menunjukkan bahawa Bisukan ditetapkan untuk pencetak.

Memaparkan skrin Maklumat Data Faks.

Menunjukkan terdapat maklumat tambahan. Pilih ikon untuk memaparkan mesej.

Menunjukkan masalah dengan item. Pilih ikon untuk menyemak cara menyelesaikan masalah.

Menunjukkan terdapat data yang belum dibaca, dicetak atau disimpan. Nombor yang dipaparkan menunjukkan bilangan item data.