/ Menyediakan Pencetak / Meletakkan Dokumen / Meletakkan Dokumen Asal pada ADF

Meletakkan Dokumen Asal pada ADF

  1. Jajarkan tepi dokumen asal.

  2. Buka sokongan dokumen ADF dan panjangkan sambungan dulang output ADF.

  3. Tarik panduan tepi ADF.

  4. Letakkan dokumen menghadap ke atas dalam ADF dan tarik panduan tepi ADF hingga rapat ke bahagian tepi dokumen.

    Penting:
    • Jangan muatkan dokumen asal di atas garis yang ditunjukkan oleh simbol segi tiga pada ADF.

    • Jangan menambah dokumen asal semasa mengimbas.