Menghantar Faks dengan Pengepala yang Dipilih

Apabila anda menghantar faks, anda boleh memilih maklumat pengepala untuk penerima.Untuk menggunakan ciri ini, anda mesti mendaftar beberapa pengepala terlebih dahulu.

  1. Pilih Faks pada skrin utama.

  2. Pilih Tetapan Faks > Tmbh Mklm Penghantar.

  3. Pilih tempat anda ingin menambahkan maklumat penghantar anda.

    • Mati: Menghantar faks tanpa maklumat pengepala.
    • Luar Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala dalam margin putih sebelah atas faks.Langkah ini memastikan pengepala tidak bertindan dengan imej yang diimbas, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima boleh dicetak pada dua helaian bergantung pada saiz dokumen asal.
    • Dlm Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala kira-kira 7 mm lebih rendah daripada bahagian atas imej yang diimbas.Pengepala mungkin bertindan dengan imej, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima tidak akan dipisahkan menjadi dua dokumen.
  4. Pilih medan Pengepala Faks dan pilih pengepala yang ingin digunakan.

  5. Pilih satu daripada pilihan Maklumat Tambahan jika perlu.

  6. Pilih OK untuk menggunakan tetapan.