Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengimbas daripada Komputer (Epson ScanSmart)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Cetakan yang Cepat dan Menyeronokkan daripada Komputer (Epson Photo+)
Aplikasi untuk Mengendalikan Pencetak Dengan Mudah daripada Peranti pintar (Epson Smart Panel)
Aplikasi untuk Mengimbas dan Memindahkan Imej (Easy Photo Scan)
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Aplikasi untuk Menyediakan Peranti pada Rangkaian (EpsonNet Config)
Mengemas Kini Perisian Tegar Pencetak menggunakan Panel Kawalan
Jika pencetak disambungkan ke Internet, anda boleh mengemas kini perisian tegar pencetak menggunakan panel kawalan. Anda turut boleh menetapkan pencetak untuk menyemak kemas kini perisian tegar secara kerap dan memaklumkan anda jika terdapat kemas kini.
Pilih Tetapan pada skrin utama.
Pilih Kemas Kini Perisian Tegar > Kemas kini.
Dayakan Pemberitahuan untuk menetapkan pencetak supaya sentiasa menyemak kemas kini perisian tegar yang tersedia.
Semak mesej yang dipaparkan pada skrin dan ketik Mulakan Menyemak untuk mula mencari kemas kini yang tersedia.
Jika mesej yang dipaparkan pada skrin LCD memaklumkan anda bahawa kemas kini perisian tegar sudah tersedia, ikut arahan pada skrin untuk memulakan kemas kini.
Jangan matikan atau mencabut palam pencetak sehingga kemas kini selesai, jika tidak pencetak tidak akan berfungsi dengan betul.
Jika kemas kini perisian tegar tidak selesai atau tidak berjaya, pencetak tidak akan bermula seperti biasa dan “Recovery Mode” dipaparkan pada skrin LCD apabila pencetak dihidupkan pada kali berikutnya. Dalam situasi ini, anda perlu mengemas kini semula perisian tegar menggunakan komputer. Sambungkan pencetak kepada komputer dengan menggunakan kabel USB. Semasa “Recovery Mode” dipaparkan pada pencetak, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian. Pada komputer, akses laman web Epson tempatan dan muat turun perisian tegar pencetak yang terkini. Lihat arahan pada laman web untuk langkah seterusnya.