/ Mengenai Manual Ini / Pengenalan kepada Manual

Pengenalan kepada Manual

Manual berikut dibekalkan dengan pencetak Epson anda. Selain daripada manual, semak pelbagai jenis maklumat bantuan yang tersedia daripada pencetak itu sendiri atau daripada aplikasi perisian Epson.

  • Mula di Sini (manual kertas)

    Menyediakan anda dengan maklumat mengenai menyediakan pencetak, memasang perisian, menggunakan pencetak, menyelesaikan masalah, dan sebagainya.

  • Panduan Pengguna (manual digital)

    Manual ini. Menyediakan maklumat keseluruhan dan arahan tentang penggunaan pencetak dan tetapan rangkaian semasa menggunakan pencetak pada rangkaian dan tentang penyelesaian masalah.

Anda boleh mendapatkan versi terkini manual di atas dengan kaedah berikut.

  • Manual kertas

    Lawati tapak web sokongan Epson Eropah di http://www.epson.eu/Support, atau tapak web sokongan jaringan sejagat Epson di http://support.epson.net/.

  • Manual digital

    Mulakan EPSON Software Updater pada komputer anda. EPSON Software Updater memeriksa untuk kemas kini aplikasi perisian Epson yang tersedia dan manual digital dan membolehkan anda untuk memuat turun yang terkini.