Menu Tetapan Terima

Anda boleh menemui menu pada panel kawalan pencetak di bawah:

Tetapan > Tetapan Faks > Tetapan Terima

Item

Penerangan

Simpan ke Komputer

Menyimpan faks yang diterima sebagai fail PDF pada komputer yang disambungkan kepada pencetak. Anda boleh menetapkan ini kepada Ya dengan menggunakan hanya FAX Utility. Pasang FAX Utility pada komputer terlebih dahulu. Selepas menetapkan ini kepada Ya, anda boleh menukar ini kepada Ya dan Cetak.

Auto Pengurangan

Mencetak faks yang diterima dengan mengecilkan dokumen bersaiz besar untuk dimuatkan pada kertas dalam sumber kertas. Mengurangkan mungkin tidak selalunya boleh dilakukan bergantung kepada data yang diterima. Sekiranya ini dimatikan, dokumen besar akan dicetak pada saiz asalnya pada beberapa helaian, atau halaman kedua yang kosong mungkin dikeluarkan.

Ttpn Pisah Halamn

Mencetak faks yang diterima dengan membahagikan halaman apabila saiz dokumen yang diterima lebih besar daripada saiz kertas yang dimuatkan di dalam pencetak.

Auto Putaran

Memutarkan faks yang diterima sebagai dokumen berorientasikan landskap, saiz A5 supaya dicetak pada kertas saiz A5. Tetapan ini digunakan apabila saiz A5 ditetapkan dalam Tetapan > Persediaan Pencetak > Tetapan Punca Kertas > Tetapan Kertas > Saiz Kertas.

Memilih Mati, faks yang diterima sebagai dokumen berorientasikan landskap, saiz A5, lebar yang sama seperti dokumen potret A4, dianggap dan dicetak sebagai faks bersaiz A4.

Tambah Maklumat Penerimaan

Mencetak maklumat penerimaan dalam faks yang diterima, walaupun jika pengirim tidak menetapkan maklumat pengepala. Maklumat penerimaan mengandungi tarikh dan masa penerimaan, ID pengirim dan nombor halaman (seperti “P1”). Apabila Ttpn Pisah Halamn didayakan, nombor halaman terpisah turut disertakan.

2 Muka

Mencetak beberapa halaman faks yang diterima pada kedua-dua muka kertas.

Pmsaan Mula Ctak

Buat pilihan untuk mula mencetak faks untuk diterima.

  • Semua Halaman Diterima: Cetakan bermula selepas menerima semua halaman. Untuk mula mencetak dari halaman pertama atau halaman terakhir bergantung pada tetapan ciri Kmpul Smak Tindann. Lihat penerangan untuk Kmpul Smak Tindann.

  • Halaman Pertama Diterima: Memulakan cetakan apabila halaman pertama diterima dan mencetak mengikut susunan halaman diterima. Jika pencetak tidak dapat memulakan cetakan, contohnya semasa ia sedang mencetak tugas lain, pencetak mula mencetak halaman yang diterima sebagai satu kelompok apabila ia tersedia.

Kmpul Smak Tindann

Memandangkan halaman pertama dicetak akhir sekali (dikeluarkan di sebelah atas), dokumen yang dicetak ditindankan mengikut susunan halaman yang betul. Apabila pencetak kehabisan memori, ciri ini mungkin tidak sedia.

Masa Tangguh Cetak

Dalam tempoh yang anda tentukan daripada Msa Brhnti menerusi Mula Semula yang anda tentukan, pencetak menyimpan dokumen yang diterima dalam memori pencetak tanpa mencetaknya. Fungsi ini boleh digunakan untuk mencegah bunyi bising pada waktu malam atau untuk mengelakkan dokumen sulit daripada menjadi terdedah semasa anda tiada. Sebelum menggunakan ciri ini, pastikan ruang memori mencukupi. Apabila anda menetapkan ciri ini kepada Mati, anda boleh mencetak dokumen yang diterima walaupun sebelum masa mula semula.

Mod Senyap

Mengurangkan bunyi bising daripada pencetak semasa mencetak faks, namun begitu, kelajuan cetakan mungkin dikurangkan.