Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Dengan menggunakan perkhidmatan Epson Connect di Internet, anda boleh mencetak dari telefon pintar anda, tablet PC, atau komputer riba, bila-bila masa dan boleh dikatakan di mana-mana saja.Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar pengguna dan pencetak dalam Epson Connect.
Ciri-ciri yang terdapat di Internet adalah seperti berikut.
Email Print
Apabila anda menghantar e-mel dengan lampiran seperti dokumen atau imej kepada alamat e-mel yang diperuntukkan kepada pencetak, anda boleh mencetak e-mel dan lampiran itu daripada lokasi jauh seperti pencetak di rumah atau pejabat anda.
Epson iPrint
Aplikasi ini untuk iOS dan Android, dan membolehkan anda mencetak daripada telefon pintar atau tablet.Anda boleh mencetak dokumen, imej dan tapak web dengan menghantarnya terus ke pencetak pada LAN wayarles yang sama.
Remote Print Driver
Ini ialah pemacu kongsi yang disokong oleh Pemacu Cetak Jauh.Apabila mencetak menggunakan pencetak di lokasi jauh, anda boleh mencetak dengan menukar pencetak pada tetingkap aplikasi yang biasa.
Lihat laman web portal Epson Connect untuk maklumat lanjut.
http://www.epsonconnect.eu (Eropah sahaja)