Tetapan Cetak

Pada tab Utama pemacu pencetak, pilih Job Arranger Lite.Apabila anda mula mencetak, tetingkap Job Arranger Lite dipaparkan.Dengan tetingkap Job Arranger Lite dibuka, buka fail yang anda ingin gabungkan dengan fail semasa, kemudian ulangi langkah di atas.

Apabila anda memilih tugas cetak yang ditambahkan pada Cetak Projek dalam tetingkap Job Arranger Lite, anda boleh mengedit bentangan halaman.

Klik Cetak daripada menu Fail untuk mula mencetak.

Perhatian:

Jika anda menutup tetingkap Job Arranger Lite sebelum menambahkan semua data cetak pada Cetak Projek, tugas cetak yang sedang dijalankan akan dibatalkan.Klik Simpan daripada menu Fail untuk menyimpan tugas semasa.Sambungan fail yang disimpan ialah “ecl”.

Untuk membuka Cetak Projek, klik Job Arranger Lite pada tab Penyelenggaraan pemacu pencetak untuk membuka tetingkap Job Arranger Lite.Seterusnya, pilih Buka daripada menu Fail untuk memilih fail.