Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Manual PDF membolehkan anda mencari maklumat menggunakan kata kunci atau melangkau terus ke bahagian tertentu menggunakan penanda halaman.Anda turut boleh mencetak halaman yang anda perlukan sahaja.Bahagian ini menerangkan cara menggunakan manual PDF yang telah dibuka dalam Adobe Reader X pada komputer anda.
Klik Edit > Carian Terperinci.Masukkan kata kunci (teks) untuk maklumat yang ingin dicari dalam tetingkap carian dan klik Cari.Hasil carian dipaparkan sebagai senarai.Klik salah satu hasil carian untuk melangkau ke halaman itu.

Klik tajuk untuk melangkau ke halaman itu.Klik + atau > untuk melihat subtajuk dalam bahagian itu.Untuk kembali ke halaman sebelumnya, lakukan tindakan berikut pada papan kekunci anda.
Windows: Tekan Alt dan tekan ←.
Mac OS: Tekan kekunci command dan tekan ←.

Anda boleh mengekstrak dan mencetak halaman yang anda perlukan sahaja.Klik Cetak dalam menu Fail dan tentukan halaman yang ingin dicetak dalam Halaman dalam Halaman untuk Dicetak.
Untuk menentukan siri halaman, masukkan tanda sempang di antara halaman mula dan halaman akhir.
Contoh: 20–25
Untuk menentukan halaman yang bukan dalam siri, bahagikan halaman dengan koma.
Contoh: 5, 10, 15
