Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Kaedah ini membolehkan anda menyambungkan pencetak secara terus ke peranti Android anda tanpa penghala wayarles. Keadaan berikut diperlukan untuk menggunakan fungsi ini.
Android 4.4 atau lebih baru
Epson iPrint versi 7.0 atau lebih baru
Epson iPrint digunakan untuk mencetak daripada peranti pintar. Pasang Epson iPrint pada peranti pintar terlebih dahulu.
Anda hanya perlu membuat tetapan ini sekali sahaja untuk pencetak dan peranti pintar yang ingin disambungkan. Melainkan anda menyahdayakan Wi-Fi Direct atau memulihkan tetapan rangkaian kepada tetapan lalai, anda tidak perlu membuat tetapan ini lagi.
Pilih Persediaan Wi-Fi pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.

Pilih Wi-Fi Direct.
Semak mesej dan tekan butang OK untuk meneruskan.
Semak mesej dan tekan butang OK untuk meneruskan.
Pilih Android.

Pada peranti pintar, mulakan Epson iPrint.

Pada skrin Epson iPrint, ketik Printer is not selected.
Pilih pencetak yang anda mahu sambungkan.

Lihat maklumat yang dipaparkan pada panel kawalan pencetak untuk memilih pencetak.

Pencetak mungkin tidak dipaparkan bergantung pada peranti Android. Jika pencetak tidak dipaparkan, sambungkan dengan memilih Peranti OS Lain. Lihat “Maklumat Berkaitan” di bawah untuk menyambung.
Semasa skrin kelulusan sambungan peranti dipaparkan, pilih Lulus.
Pada panel kawalan pencetak, tekan butang OK.
Untuk peranti pintar yang telah disambungkan ke pencetak sebelum ini, pilih nama rangkaian (SSID) pada skrin Wi-Fi peranti pintar untuk menyambungnya semula.