Menjalankan Web Config pada Windows

Bila menyambungkan komputer ke pencetak menggunakan WSD, ikut langkah berikut untuk menjalankan Web Config.

  1. Buka senarai pencetak pada komputer.

    • Windows 10/Windows Server 2016
      Klik pada butang mula, kemudian pilih Sistem Windows > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
    • Windows 8.1/Windows 8/Windows Server 2012 R2/Windows Server 2012
      Pilih Desktop > Tetapan > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi (atau Perkakasan).
    • Windows 7/Windows Server 2008 R2
      Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
    • Windows Vista/Windows Server 2008
      Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
  2. Klik kanan pada pencetak anda dan pilih Ciri-ciri.

  3. Pilih tab Perkhidmatan Web dan klik URL.