/ Memfaks / Menghantar Faks Menggunakan Pencetak / Pelbagai Cara Menghantar Faks / Menghantar Banyak Halaman Dokumen Monokrom (Hantar Terus)

Menghantar Banyak Halaman Dokumen Monokrom (Hantar Terus)

Apabila menghantar faks dalam monokrom, dokumen yang diimbas buat sementara disimpan dalam memori pencetak. Oleh itu, menghantar banyak halaman boleh menyebabkan pencetak kehabisan memori dan berhenti menghantar faks. Anda boleh mengelakkannya dengan mendayakan ciri Hantar Terus, walau bagaimanapun, ia mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks kerana pencetak melakukan pengimbasan dan menghantar pada masa yang sama. Anda boleh menggunakan ciri ini apabila hanya ada satu penerima.

  1. Letakkan dokumen asal.

  2. Pilih Faks pada skrin utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  3. Nyatakan penerima.

  4. Tekan butang OK, dan kemudian pilih Tetapan Hantar Faks.

  5. Pilih Hantar Terus dan kemudian, pilih Hidup.

    Anda turut boleh membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran dalam Ttpn Imbasan atau Tetapan Hantar Faks jika perlu.

  6. Tekan butang sehingga kembali ke skrin Faks dan kemudian, tekan butang untuk menghantar faks.

  7. Apabila penghantaran selesai, keluarkan dokumen asal.