/ Menyelesaikan Masalah / Memeriksa Status Pencetak / Memeriksa Kod Ralat pada Skrin LCD

Memeriksa Kod Ralat pada Skrin LCD

Kod dipaparkan pada skrin LCD jika terdapat ralat atau maklumat yang memerlukan perhatian anda. Jika kod dipaparkan, ikut penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah itu.

Kod

Situasi

Penyelesaian

E-01

Ralat pencetak telah berlaku.

Buka unit pengimbas dan keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula.

E-02

Ralat pengimbas telah berlaku.

Matikan kuasa dan hidupkan semula.

E-12

Pad dakwat cetakan tanpa sempadan perlu digantikan.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Pencetakan tanpa sempadan tidak tersedia tetapi pencetakan dengan sempadan tersedia.

W-01

Kertas tersekat berlaku.

Keluarkan kertas daripada pencetak dan tekan butang yang dipaparkan di bahagian bawah skrin LCD untuk mengosongkan ralat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, anda perlu mematikan dan menghidupkan kuasa semula.

W-12

Kartrij dakwat telah dipasang dengan salah.

Tekan katrij dakwat dengan kemas.

W-13

Katrij dakwat yang dipaparkan pada skrin LCD belum dikenali.

Gantikan kartrij dakwat. Epson mengesyorkan penggunaan kartrij dakwat Epson yang tulen.

W-14

Pad dakwat cetakan tanpa sempadan semakin hampir hujung hayat perkhidmatannya.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Mesej ini akan dipaparkan sehingga pad dakwat digantikan.

Tekan butang untuk menyambung semula percetakan.

I-22

Tetapkan Wi-Fi daripada Butang Tolak (WPS).

Tekan butang titik akses. Jika tiada butang pada titik akses, buka tetingkap tetapan titik akses dan klik butang yang dipaparkan dalam perisian.

I-23

Tetapkan Wi-Fi daripada Kod PIN (WPS).

Masukkan kod PIN yang dipaparkan pada skrin LCD ke dalam titik akses atau komputer dalam masa dua minit.

I-31

Tetapkan Wi-Fi daripada Auto Sambung Wi-Fi.

Pasang perisian pada komputer anda dan tekan butang OK semasa penyediaan Wi-Fi bermula.

I-41

Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan. Sesetengah fungsi tidak dapat digunakan.

Sekiranya Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint.

I-60

Komputer anda mungkin tidak menyokong WSD (Perkhidmatan Web untuk Peranti).

Ciri imbas ke komputer (WSD) hanya tersedia untuk komputer yang menjalankan versi bahasa Inggeris Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 atau Windows Vista. Pastikan bahawa pencetak disambung dengan betul ke komputer.

Recovery Mode

Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal.

Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi.

1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut.

* Dalam beberapa kitaran cetakan, jumlah lebihan dakwat yang sangat sedikit mungkin terkumpul di dalam pad dakwat. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat dari pad, pencetak direka untuk menghentikan percetakan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.