Tetapan Cetak

Pada tab Lagi Pilihan pemacu pencetak, pilih Tersuai sebagai tetapan Pembetulan Warna. Klik Lanjutan untuk membuka tetingkap Pembetulan Warna dan pilih kaedah pembetulan warna.

Perhatian:
  • Automatik dipilih sebagai lalai pada tab Lagi Pilihan. Dengan tetapan ini, warna diselaraskan secara automatik supaya sepadan dengan tetapan jenis kertas dan kualiti cetakan.

  • Peningk.Foto pada tetingkap Pembetulan Warna melaraskan warna dengan menganalisis lokasi subjek. Oleh itu, sekiranya anda telah menukar lokasi subjek dengan mengurangkan, membesarkan, memangkas, atau memutar imej, warna boleh berubah tanpa dijangka. Memilih tetapan tanpa sempadan juga boleh menukar lokasi subjek yang mengakibatkan perubahan warna. Sekiranya imej berada di luar fokus, tona mungkin tidak asli. Sekiranya warna berubah atau menjadi tidak asli, sila mencetaknya dalam mod lain daripada Peningk.Foto.