Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Apabila anda menukar penghala wayarles atau pembekal, cuba lakukan semula tetapan rangkaian untuk pencetak. Sambungkan komputer atau peranti pintar ke SSID yang sama dengan pencetak.
Matikan peranti yang ingin disambungkan ke rangkaian. Tunggu kira-kira 10 saat, kemudian hidupkan peranti dalam aturan berikut; penghala wayarles, komputer atau peranti pintar dan pencetak. Dekatkan pencetak dan komputer atau peranti pintar ke penghala wayarles untuk mengukuhkan komunikasi gelombang radio, kemudian cuba lakukan tetapan rangkaian semula.
Cetak laporan sambungan rangkaian. Lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran. Jika laporan menunjukkan bahawa sambungan rangkaian gagal, semak laporan sambungan rangkaian, kemudian ikut penyelesaian yang dicetak.
Jika alamat IP yang ditetapkan untuk pencetak ialah 169.254.XXX.XXX dan topeng subnet ialah 255.255.0.0, alamat IP mungkin tidak ditetapkan dengan betul. Mulakan semula penghala wayarles atau tetapkan semula tetapan rangkaian untuk pencetak. Jika langkah ini tidak dapat menyelesaikan masalah, lihat dokumentasi untuk penghala wayarles.
Cuba akses mana-mana laman web daripada komputer untuk memastikan tetapan rangkaian komputer anda betul. Jika anda tidak dapat mengakses mana-mana laman web, ada masalah pada komputer. Semak sambungan rangkaian ke komputer.