Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup penutup dokumen tersebut. Jika tidak, anda mungkin tercedera.
Apabila meletakkan dokumen asal yang besar seperti buku, elakkan cahaya luar dari bersinar terus pada kaca pengimbas.
Buka penutup dokumen.

Bersihkan sebarang habuk atau kotoran pada permukaan kaca pengimbas menggunakan kain yang lembut, kering dan bersih.
Jika terdapat sebarang sampah atau kotoran pada kaca pengimbas, julat imbasan akan diluaskan untuk memasukkannya, maka imej asal boleh tertindih atau dikecilkan.

Letakkan dokumen asal menghala ke bawah dan luncurkan ke tanda sudut.

Julat 1.5 mm dari sudut kaca pengimbas tidak akan diimbas.
Apabila dokumen asal diletakkan dalam ADF dan pada kaca pengimbas, keutamaan diberikan kepada dokumen asal dalam ADF itu.
Tutup penutup dengan perlahan.
Jangan tekan terlalu kuat pada kaca pengimbas atau penutup dokumen. Jika tidak, item ini boleh rosak.
Keluarkan dokumen asal selepas mengimbas.
Sekiranya anda meninggalkan dokumen asal pada kaca pengimbas untuk tempoh masa yang lama, mereka boleh melekat pada permukaan kaca.