/ Menyediakan Pencetak / Memuatkan Kertas / Kertas Tersedia dan Kapasiti / Langkah Berjaga-jaga Mengendalikan Kertas

Langkah Berjaga-jaga Mengendalikan Kertas

  • Baca helaian arahan yang dibekalkan dengan kertas.

  • Untuk mencapai cetakan berkualiti tinggi dengan kertas Epson tulen, gunakan kertas dalam persekitaran yang dinyatakan pada helaian yang dibekalkan bersama kertas.

  • Kipas dan sejajarkan tepi kertas sebelum memuat. Jangan kipas atau gulung kertas foto. Berbuat demikian boleh merosakkan bahagian yang boleh dicetak.

  • Sekiranya kertas digulung, ratakan atau gulung sedikit dalam arah bertentangan sebelum memuat. Mencetak atas kertas bergulung boleh menyebabkan kertas tersekat dan comot pada cetakan.

  • Jangan gunakan kertas yang beralun, koyak, dipotong, dilipat, lembap, terlalu tebal, terlalu nipis, atau kertas yang mempunyai pelekat melekat padanya. Menggunakan kertas jenis ini boleh menyebabkan kertas tersekat dan comot pada cetakan.

  • Pastikan anda menggunakan kertas ira panjang. Jika anda tidak pasti jenis kertas yang anda gunakan, periksa bungkusan kertas atau hubungi pengilang untuk mengesahkan spesifikasi kertas.