Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Gunakan Periksa Sambungan Faks pada panel kawalan untuk menjalankan pemeriksaan sambungan faks secara automatik. Cuba penyelesaian yang dicetak pada laporan itu.
Periksa tetapan Jenis Talian. Menetapkan kepada PBX mungkin boleh menyelesaikan masalah. Sekiranya sistem telefon anda memerlukan kod akses luaran untuk mendapatkan talian luar, daftarkan kod akses kepada pencetak, dan masukkan # (cincangan) pada permulaan nombor faks apabila menghantar.
Sekiranya ralat komunikasi berlaku, tukar tetapan Kelajuan Faks ke Perlahan(9,600bps) pada panel kawalan.
Periksa jek dinding telefon berfungsi dengan menyambungkan telefon kepadanya dan mengujinya. Sekiranya anda tidak boleh membuat atau menerima panggilan, hubungi syarikat telekomunikasi anda.
Untuk menyambung ke talian telefon DSL, anda perlu menggunakan modem DSL yang dilengkapi dengan penapis DSL terbina dalam, atau memasang penapis DSL yang berasingan ke talian. Hubungi pembekal DSL anda.
Sekiranya anda menyambung ke talian telefon DSL, sambungkan pencetak secara langsung kepada jek dinding telefon untuk mengetahui jika pencetak boleh menghantar faks. Sekiranya ia berfungsi, masalah ini mungkin disebabkan oleh penapis DSL. Hubungi pembekal DSL anda.
Dayakan tetapan ECM pada panel kawalan. Faks warna tidak boleh dihantar atau diterima apabila ECM dimatikan.
Untuk menghantar atau menerima faks menggunakan komputer, pastikan pencetak disambungkan menggunakan kabel USB atau ke rangkaian, dan Pemacu PC-FAX telah dipasang pada komputer. Pemacu PC-FAX hendaklah dipasang bersama dengan FAX Utility.
Dalam Windows, pastikan pencetak (faks) dipaparkan dalam Peranti dan Pencetak, Pencetak, atau Pencetak dan Perkakasan Lain. Pencetak (faks) dipaparkan sebagai “EPSON XXXXX (FAX)”. Sekiranya pencetak (faks) tidak dipaparkan, nyah pasang dan kemudian memasang semula FAX Utility. Sila lihat yang berikut untuk mengakses Peranti dan Pencetak, Pencetak, atau Pencetak dan Perkakasan Lain.
Windows 10/Windows Server 2016
Klik pada butang mula, kemudian pilih Sistem Windows > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
Windows 8.1/Windows 8
Pilih Desktop > Tetapan > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi atau Perkakasan.
Windows 7
Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi atau Perkakasan.
Windows Vista
Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
Windows XP
Klik butang mula dan pilih Tetapan > Panel Kawalan > Pencetak dan Perkakasan Lain > Pencetak dan Faks.
Dalam Mac OS, periksa yang berikut.
Pilih Keutamaan Sistem daripada menu
> Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan pastikan pencetak (faks) dipaparkan. Pencetak (faks) dipaparkan sebagai “FAX XXXX (USB)” atau “FAX XXXX (IP)”. Sekiranya pencetak (faks) tidak dipaparkan, klik [+] dan kemudian daftarkan pencetak (faks).
Pilih Keutamaan Sistem daripada menu
> Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian klik dua kali pencetak (faks). Sekiranya pencetak dijeda, klik Sambung Semula (atau Sambung Semula Pencetak).