Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Baca arahan yang berikut sebelum menggantikan kotak penyelenggaraan.
Jangan menyentuh bahagian-bahagian yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Berbuat demikian boleh menghalang operasi normal dan anda mungkin dicomotkan dengan dakwat.

Jangan jatuhkan kotak penyelenggaraan atau dedahkan ia kepada kejutan yang kuat.
Jangan menggantikan kotak penyelenggaraan semasa mencetak; jika tidak, dakwat mungkin bocor.
Jangan keluarkan kotak penyelenggaraan dan penutupnya kecuali apabila menggantikan kotak penyelenggaraan; jika tidak dakwat mungkin bocor.
Apabila penutup tidak boleh dilekapkan semula, kotak penyelenggaraan tidak boleh dipasang dengan betul. Keluarkan kotak penyelenggaraan dan pasangkannya semula.
Jangan condongkan kotak penyelenggaraan yang digunakan sehingga selepas ia dikedapkan dalam beg plastik; jika tidak dakwat mungkin bocor.
Jangan sentuh bukaan dalam kotak penyelenggaraan kerana anda boleh menjadi comot dengan dakwat.
Jangan guna semula kotak penyelenggaraan yang telah dikeluarkan dan dibiarkan terpisah untuk tempoh yang panjang. Dakwat di dalam kotak telah membeku dan tiada dakwat boleh diserap.
Jauhkan kotak penyelenggaraan daripada cahaya matahari langsung.
Jangan simpan kotak penyelenggaraan dalam suhu yang tinggi atau membeku.