Perkhidmatan Rangkaian dan Maklumat Perisian
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pencetak (Web Config)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Pengimbasan daripada Panel Kawalan (Epson Event Manager)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Berbilang Peranti (EpsonNet Config)
Sekiranya anda melanggan perkhidmatan pemajuan panggilan, pencetak mungkin tidak boleh menerima faks. Hubungi pembekal perkhidmatan.
Sekiranya anda belum menyambung telefon ke pencetak, sila tetapkan tetapan Mod Terima kepada Auto pada panel kawalan.
Di bawah keadaan berikut, pencetak kehabisan memori dan tidak boleh menerima faks. Lihat penyelesaian masalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengendalian ralat memori penuh.
Bilangan dokumen yang diterima telah mencapai bilangan maksimum 100 dokumen.
Memori pencetak penuh (100%).
Semak untuk memastikan sama ada nombor faks penghantar telah didaftarkan pada Senarai Nbr Penolakn. Faks yang dihantar daripada nombor yang telah ditambahkan pada senarai ini disekat apabila Senarai Nbr Penolakn dalam Faks Penolakan didayakan.
Tanya pengirim sama ada maklumat pengepala disediakan pada mesin faks mereka. Faks yang tidak mengandungi maklumat pengepala disekat apabila Pngpala Faks Ksg dalam Faks Penolakan didayakan.
Semak untuk memastikan sama ada nombor faks pengirim didaftarkan dalam senarai kenalan. Faks yang dihantar daripada nombor yang belum didaftarkan pada senarai ini disekat apabila Pmnggil tiada dlm Knln dalam Faks Penolakan didayakan.