/ Menyelesaikan Masalah / Tidak Boleh Memulakan Imbasan

Tidak Boleh Memulakan Imbasan

  • Sekiranya anda mengimbas dengan ADF, pastikan penutup dokumen dan penutup ADF ditutup.

  • Sambungkan kabel USB dengan selamat kepada pencetak dan komputer. Sekiranya anda menggunakan hab USB, cuba sambungkan pencetak secara terus kepada komputer.

  • Jika anda mengimbas pada resolusi yang tinggi melalui rangkaian, ralat komunikasi boleh berlaku. Rendahkan resolusi.

  • Pastikan pencetak (pengimbas) yang betul dipilih pada Epson Scan 2.

Pastikan sama ada pencetak dikenali atau tidak semasa menggunakan Windows

Dalam Windows, pastikan pencetak (pengimbas) dipaparkan dalam Pengimbas dan Kamera. Pencetak (pengimbas) hendaklah dipaparkan sebagai “EPSON XXXXX (nama pencetak)”. Sekiranya pencetak (pengimbas) tidak dipaparkan, nyahpasang dan kemudian memasang semula Epson Scan 2. Sila lihat yang berikut untuk mengakses Pengimbas dan Kamera.

  • Windows 10

    Klik pada butang mula dan pilih Sistem Windows > Panel Kawalan, masukkan “Pengimbas dan Kamera” dalam ruang carian, klik Lihat pengimbas dan kamera, kemudian semak sekiranya pencetak dipaparkan.

  • Windows 8.1/Windows 8/Windows Server 2012 R2/Windows Server 2012

    Pilih Desktop > Tetapan > Panel Kawalan, masukkan “Pengimbas dan Kamera” dalam ruang carian, klik Tunjukkan Pengimbas dan Kamera, dan kemudian periksa sekiranya pencetak dipaparkan.

  • Windows 7/Windows Server 2008 R2

    Klik butang mula dan pilih Panel Kawalan, masukkan “Pengimbas dan Kamera” dalam ruang carian, klik Lihat pengimbas dan kamera, dan kemudian periksa sekiranya pencetak dipaparkan.

  • Windows Vista/Windows Server 2008

    Klik butang mula, pilih Panel Kawalan > Perkakasan dan Bunyi > Pengimbas dan Kamera, dan kemudian periksa sekiranya pencetak dipaparkan.

  • Windows XP/Windows Server 2003 R2/Windows Server 2003

    Klik butang mula, pilih Panel Kawalan > Pencetak dan Perkakasan Lain > Pengimbas dan Kamera, dan kemudian periksa sekiranya pencetak dipaparkan.