/ Memfaks / Menghantar Faks Menggunakan Pencetak / Menghantar Faks Menggunakan Panel Kawalan / Menghantar Faks Secara Automatik Menggunakan Panel Kawalan

Menghantar Faks Secara Automatik Menggunakan Panel Kawalan

Anda boleh menghantar faks dengan memasukkan nombor faks untuk penerima pada panel kawalan.

  1. Letakkan dokumen asal.

    Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran; walau bagaimanapun bergantung kepada jumlah memori yang tinggal, anda mungkin tidak dapat menghantar faks walaupun dengan kurang daripada 100 halaman.

  2. Pilih Faks pada skrin utama.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  3. Nyatakan penerima.

    Anda boleh menghantar faks monokrom yang sama kepada sehingga 100 penerima. Namun begitu, faks warna hanya boleh dihantar kepada seorang penerima pada satu masa.

    • Untuk memasukkan secara manual: Tekan nombor faks dengan butang nombor dan tekan butang OK.
      - Untuk menambahkan jeda (berhenti seketika untuk tiga saat semasa dail), tekan butang .
      - Sekiranya anda telah menetapkan kod akses luaran dalam Jenis Talian, masukkan “#” (cincangan) dan bukannya kod akses luaran sebenar pada permulaan nombor faks.
      Nota:
      Jika anda tidak boleh memasukkan nombor faks secara manual, Sekatan Dailan Terus dalam Tetapan Keselamatan ditetapkan pada Hidup. Pilih penerima faks daripada senarai kenalan atau sejarah faks dihantar.
    • Untuk memilih daripada senarai kenalan: Tekan butang dan pilih penerima yang ingin anda hantarkan faks. Jika penerima yang hendak dihantarkan faks belum didaftarkan dalam Kenalan, daftarkannya daripada Pengurus Kenalan.
      Faks > Menu > Pengurus Kenalan
    • Untuk memilih daripada sejarah faks yang dihantar: Tekan butang dan kemudian, pilih penerima.
    Perhatian:

    Untuk memadamkan penerima yang anda telah masukkan, tekan butang pada skrin Faks, pilih penerima dan kemudian, tekan butang OK. Tekan butang untuk menyelesaikan dan kembali ke skrin Faks.

  4. Tekan butang OK dan kemudian, pilih Ttpn Imbasan atau Tetapan Hantar Faks untuk membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran, jika perlu.

  5. Tekan butang sehingga kembali ke skrin Faks dan kemudian, tekan butang untuk menghantar faks.

  6. Apabila penghantaran selesai, keluarkan dokumen asal.

Perhatian:
  • Sekiranya nombor faks sedang sibuk atau masalah berlaku, pencetak secara automatik mendail semula selepas satu minit.

  • Untuk membatalkan penghantaran, tekan butang .

  • Ia mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar faks berwarna kerana pencetak melakukan pengimbasan dan menghantar pada masa yang sama. Semasa pencetak menghantar faks dalam warna, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri lain.